Artikel Terakhir Tahun 2009 "Hentikan Penindasan"

| Date: Wednesday, December 30, 2009 |
Tinggal beberapa hari lagi tirai tahun 2009 akan berlalu,2010 pula akan muncul, adalah putaran biasa yang pasti kita lalui.Sejahil-jahil atau sebodoh mana pun kita dikategorikan oleh manusia,kita tetap dapat melihat,merasai dan menilai setiap perkara atau isu yang kita lalui sepanjang tahun 2009.

Perkara yang telah berlalu itu telah pun menjadi sejarah dan pasti akan menjadi panduan kepada kita untuk mengharungi perkara-perkara yang mendatang,baik ia persepsi buruk atau baik,fitnah,adu domba,kebobrokan sifat pimpinan parti politik,tidak kira lah ia perkara baik atau buruk,walaupun sebesar biji zarah sekalipun,ia tetap telah berlaku.

Rakyat masih lagi mengingati,bagaimanan kegemparan rakyat apabila Tok guru Nik Aziz Nik Mat berdoa kepada Allah ,terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Najib Tun Razak,hak royalti minyak yang dinafikan keatas kerajaan Kelantan.

Doanya berbunyi lebih kurang "Beliau (Najib) nak beri (royalti) beri. Kalau tak beri, beliau berdepan dengan kemusnahan," Jika secara sedar kita selusuri selepas kejadian itu, jawapannya hampir pasti ditemui.{maklumat lanjut berkaitan doa }

1) Dewan Rakyat bergegar dan Kerajaan Najib nyaris sahaja tumbang ! Usul untuk meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat (Isnin, 14 Disember 2009) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti tipis iaitu dengan 3 undi berbanding Pakatan Rakyat. Yang tak pernah berlaku sebelum ini .{ maklumat lanjut }

2) Hilangnya dua buah enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang itu berharga RM50 juta setiap satunya di mana enjin pertama hilang pada 2007 dan enjin keduanya hilang dua tahun lalu di mana disedari pihak berkenaan pada Mei 2008.{maklumat lanjut}

Masih banyak lagi peristiwa-peristiwa yang tejadi dan akan terjadi,jika kita selusuri dengan hati yang terbuka,”InsyaAllah” .Jika kita lihat Parti komponen BN sedang mengalami pergolakan yang amat dasyat.Apatah lagi Parti UMNO,telah semua sedia maklum, terlalu banyak kerosakan dan perpecahan yang berlaku dalam UMNO.

Dan bukanlah satu kejutan jika Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.
"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.{maklumat lanjut}

Tuduh menuduh DR Mahatir dan Paklah turut mencorakkan persepsi buruk UMNO.
Sebagaimana yang diperkatakan Oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dihadapkan ke Suruhanjaya Diraja untuk disiasat berhubung dakwaan penyelewengan wang sewaktu pemerintahan zaman masing-masing.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung dakwaan Tun Mahathir bahawa Pak Lah telah menghabiskan sebanyak RM270 bilion dalam masa lima tahun untuk kegunaan peribadi beliau.

Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ini, kedua-duanya saling tuduh menuduh berhubung jumlah yang dihabiskan pada zaman masing-masing.

Mahathir juga sebelum ini didakwa menghabiskan 100 bilion dalam masa 23 tahun pemerintahannya.{maklumat lanjut}

Lebih malang lagi sayap UMNO,iaitu Pemuda UMNO berketuakan Khairy Jamaludin,dilihat amat lemah dan tiada hala tuju untuk membawa perubahan dalam pemuda UMNO.Diawal kehadirannya kita lihat bukan main lantang dan angkuh sifat beliau,pantang dikritik,kalau orang yang tak kenal mungkin terpesona dengan kepetahan beliau bercakap,Allhamdulillah lama-kelamaan orang dapat menilai sendiri perangai beliau.

Sehingga untuk menjawat jawatan Timbalan Menteri Pun beliau gagal.Biasalah beliau naik pun bukan atas kewibawaan beliau,Putaran hidup,macam mana beliau lakukan atas pesaing-pesaing beliau,tak mustahil perkara itu mungkin akan berlaku atas beliau pula.InsyaAllah.

Namun apa yang berlaku dalam PAKATAN RAKYAT disebaliknya,Allamdulillah rakyat Malaysia dapat melihat satu sejarah yang tak pernah berlaku selama ini.Bersatunya DAP.Keadilan dan PAS dibawah PAKATAN RAKYAT demi memperjuangkan Hak-hak rakyat.{maklumat lanjut Dasar Pakatan Rakyat}

Memperkukuh Pakatan Rakyat
Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Walaupun sistem Demokrasi Berparlimen mengizinkan rakyat membuat perubahan, namun perubahan tidak berlaku, seolah-olah negara di kongkong oleh sistem satu parti, iaitu konsep yang sangat bercanggah dengan amalan demokrasi yang dilaksana dalam masyarakat yang berpendidikan diseluruh dunia. Keadaan ini tidak harus di biarkan berterusan, kerana menimbulkan berbagai-bagai masalah yang lebih menyusahkan.{maklumat Lanjut}

Semoga PAKATAN RAKYAT Insyaallah bakal menggantikan kerajaan Malaysia Yang ada sekarang pada PRU13,Dapat menghargai pengorbanan dan penderitaan rakyat yang miskin,
lemah,tertindas,dizalimi,diperbodoh,dijahilkan,diaib,ditipu,diperkotak-katik,
dicerca.dihina,diaib,difitnah,dibisu,diperkuda dan sewaktu dengannya.

buy : hambajahil

0 komentar:

Post a Comment