Pemuda UMNO Ingin Menjuarai Isu Yang Mereka Sendiri Pun Tak Faham

| Date: Monday, January 4, 2010 |
Pemuda UMNO ingin menjuarai isu yang mereka sendiri pun tak faham.Sebaik mana pun niat tanpa disandarkan pada ilmu dan kefahaman,mengakibatkan persepsi lebih buruk dari hasil yang ingin dicapai.

Sedikit respon demo yang diadakan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin di Dewan Serbaguna Felda Selancar 4&5..

Wahai Pemuda UMNO sedarkah anda?Keputusan Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengisytiharkan nama "Allah" boleh digunakan oleh agama lain,adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang digubal oleh Parlimen, yang mana selama 50 Tahun di Parlimen adalah UMNO & BN memiliki kuasa mutlak..

Dimana anda wahai Pemuda UMNO? diwaktu beberapa tragedi-tragedi Islam diputuskan di Mahkamah negara ini. Diantaranya................

{Petikan dibawah ini aku copy dari sini}

Kes Pertama: Kes Minister for Home Affairs & Anor v Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 368 & 418, melibatkan tindakan Jamaluddin menyebarkan dakyah Kristian yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mahkamah kemudiannya memutuskan tindakan tersebut (menyebarkan dakyah) tidak memadai untuk mendatangkan ancaman bagi ditahan dibawah ISA. Jamaluddin dibebaskan.

Kes Kedua: Hajah Halimatussaadiah bt Hj Kamaruddin V Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai Purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul. Harus diingat, Hajah Halimatussaadiah dibela oleh peguam Karpal Singh.

Kes Ketiga: Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.

Kes Keempat: Che Omar Bin Che Soh [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam.

Ini adalah antara kes-kes yang amat memeritkan umat Islam, belum lagi dikira kes-kes Murtad yang berleluasa diputuskan dengan mudah oleh Mahkamah. Soalnya dimana UMNO dan NGO "cabuk" perkakas UMNO ini? Adakah keputusan-keputusan Mahkamah ini baik dan harus diterima? Isu yang "substance" ini lebih utama dari hanya membicarakan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar agama Kristian ini. Adakah mereka mendesak Majlis Raja-Raja campurtangan, disaat aktivis agama, peguam-peguam dan pendokong serta pencinta Islam bertempiaran dikejar dan dihamburkan air berasid hadiah FRU?{selanjutnya}

0 komentar:

Post a Comment