Tak Percaya Betul !!!!!

| Date: Monday, December 1, 2008 |
Selesai aku solat asar, biasanya kalau aku tak banyak kerja, zikir Al’mathurat sering jadi pilihan untuk ku amalkan. Agak berbeza kali ni fikiran ku asyik melayang memikirkan program yang ingin ku hadiri bersama kengkawan aku.Koorang nak tahu ke program yang aku nak pegi tu?heeeyy!!! koorang ni gelojoh tul,,,,jup lagi aku cite la…

Ok lah aku citelah program apa yang aku nak hadiri tu!!! Pada 29/11/2008 aku dapat info yang sungguh bermakna bagi aku,pada tarikh tu Ulama yang amat kusanjungi akan hadir menyampaikan ceramah di Jerantut Pahang.Tempat aku tinggal ngan program ceramah tu jauh gak, kalau kira ngan masa,,,3 jam juga nak sampai kalau kira kilometer haaa!! Yang tu aku tak pastilah.

Siapa Ulama tu??? Dah tentulah Tuan Guru Hj Nik Aziz Nik Mat….Apa??? koorang selalu tengok live ceramah Tok Guru!!! Fuuuuuh beruntungnyer koorang,,,lebih beruntung kalau koorang mampu mengamalkan setiap ilmu yang beliau sampaikan,,,apa?? Insyaallah koorang akan berusaha untuk mengamalkan setiap ilmu yang koorang dapat dari beliau!!! Oooo aku pun bersama mendoakan semoga koorang berjaya mengamalkanya seberapa mampu,,,insyaallah…..

Jika mengikuti ceramah beliau melalui CD atau online Internet ,allhamdulillah sering gak aku ikuti….Jika secara langsung??? Seingat akulah tak lebih dari 4 kali jer!!!! Kalau tak silap lah!!! Apa??? Nak buat macam mana setakat ni,,,, itu jer rezeki yang mampu ku dapat!!!! Allhamdulillah dari tak pernah langsung,,,, nauzubillah.

Dah panjang dah aku merapu ni, masalahnyer cerita yang ingin aku kongsikan belum lagi aku taip ni!!! Alhamdulillah koorang sanggup baca lagi apa yang aku nak taip,terima kasih kengkawan.Sebelum aku bertolak dan dalam perjalanan untuk menghadiri program ceramah Tok Guru HJ Nik Aziz Nik Mat,kerap aku berdoa dalam hati semoga aku mendapat ilmu yang berkat didunia dan diakhirat, semoga direzeki kan dapat bersalam dengan Tuan Guru Hj Nik Aziz….

Walaupun perkara itu biasa bagi kengkawan, tapi bagi aku jika Allah rezekikan untuk aku bersalam dengan Tok Guru , merupakan suatu pengalaman yang amat manis dan bermakna bagi kehidupan aku. Nak dijadikan rezeki untuk aku, dalam usaha aku untuk mencapai impian itu, setelah selesai sahaja ceramah oleh beliau aku pun menanti beliau menuju ke kenderaan , sedangkan dalam masa yang sama terlalu ramai manusia yang aku jangkakan pasti, mereka juga meyimpan hasrat yang sama seperti aku.

Atau mungkin sebagai tanda penghormatan terhadap Tok Guru.Terlintas juga didalam hati seperti tiada peluang untuk ku mencapai hasrat yang kuimpikan, namun dalam kesibukan manusia yang ramai itu terbuka sedikit ruang yang direzekikan oleh Allah untuk kubersalam dgn Tok guru Nik Aziz, alhamdulillah tertunai juga impian ku, walaupun perkara itu sepintas lalu dan terlalu singkat masa yang berlaku, namun ia tetap menjadi satu pengalaman yang sungguh bermakna bagi ku.

Aku berdoa semoga dengan sedikit ilmu yang mampu kudengar pada malam itu yang disampaikan oleh Tok Guru,dapatlah ia mengurangkan sedikit kejahilan yang sentiasa bersarang didalam IQ ku. Dan semoga aku dapat istiqomah dalam setiap masa untuk berusaha mengurangkan kejahilan yang amat menebal didalam IQ ku.”Ya Allah bantulah aku dalam usaha untuk menghilangkan kejahilan yang ada pada ku dan pandulah aku dengan Hidayah dan taufik mu”

Fuuuuh!!! Panjang betul aku taip,koorang jangan marah yer.Untuk mengakhiri pertemuan kali ni aku selitkan link yang menarik untuk koorang kunjungi,pegilah terbang kat sini ramai-ramai.Ok jumpa lagi, Assalamualaikum…..

Oleh:hambajahil

0 komentar:

Post a Comment