Apalah adik ipar aku ni!!!!

| Date: Wednesday, November 19, 2008 |
Musim cuti sekolah ni mesti banyak diadakan majlis kenduri kahwin. Dah tentu banyak cita dan pengalaman yang dapat dalam melayari majlis itu.Tak kurang ngan aku,tapi cita yang aku nak kongsi ni bukanlah cita aku,kisah cita ni aku dapat dari adik ipar aku. Jomlah kita baca, sama-sama membuang masa yang terluang, he!! he!!.

22 tahun aku hidup, 16-11-2008, hari tulah kaki aku jejak kat kelantan, itupun akak aku kawin. kalo tak tak tau le bile nak pegi kat sane..lebih kurang 8 jam aku melepak dalam van, 4 kali salah jalan, akhirnya lebih kurang kul 4.30 ptg waktu bombay bersamaan 7.48 am waktu malaysia aku sampai gak kat sana, tempat yang aku pegi tu kat pasir mas, masa dalam van tu aku tengok gak kawasan sekitar, cuci mata...

sampai rumah sanggah lebih kurang kul 8 lebih, tuan rumah hidang sarapan, maklumlah orang jauh, perut pun dah nyanyi lagu zapin, lepas sarapan aku pun relax-relaxkan badan, tup-tup tertido plak, sedar-sedar je dah kul 11.30, aku pun terus pegi mandi, lepas kena rokok sebatang, aku pun kuar rumah, pegi rumah sebelah, rupa-rupanya pak cik yang 1 rombongan dengan aku dah ada kat situ, aku pun, terus salam dengan tuan umah tu, duduklah aku kat situ dengan dihidangkan kopi o ais, tengah aku layan blues, tibe-tibe je pak cik tuan umah tu buka cite politik, aku pun pasang le telinga...pak cik ni orang BN, dia pun start cite,katanya tanah kat kelantan ni banyak digadai, jual kat orang luar, aku tak tau camne pak cik ni boleh tau nak kate die keje pejabat tanah, tengok gaya tak de, walaupun aku ni baru setahun jagung dalam dunia politik tapi panas gak aku dengar, nak je aku convert basikal die jadi beca, tapi aku tengok ke tuan die jadi sian plak. Kah!! kahh!! apa punya merapulah pakcik tu. Kah!! kahhh!! kesian pakcik tu buta maklumat betul, Kah!! kah!!.

Tibe-tibe pak cik yang 1 rombongan dengan aku menyampuk, die kata kelantan ni tak membangun sebab tulah anak-anak muda ramai keluar pegi kl, johor dan yang sewaktu dengnnya, nak terputus urat gelak aku, nak tau kenapa? yela,tempat aku kat pahang tu die tak tengok ker? mana membangun nye..anak die pun keje luar gak!!!!.Kah!! kah!! apalah punya kelakarnya teori diorang tak logik langsung, kah!!! kahh!!

Aku tak tau la, nape la pak cik sorang ni marah kat Pas, mungkin die tak dapat bantuan kot..tapi aku tak termakan dengan provokasi die, takkan la tuan guru camtu, lantakla die, mudah-mudahan terbuka kebenaran kat die nanti, tapi yang pasti bapak mertua akak aku tu orang pas, siap ada gambar tok guru lagi, kalo bapak mertua akak aku tu orang BN, confirm aku convert tangga umah die....ini lah pengalaman aku kat sana....

pendengar cita:hambajahil

0 komentar:

Post a Comment