Malam yang penuh serabut!!!

| Date: Sunday, October 26, 2008 |
Memang bosan kalau asyik layari internet sorang-sorang.Tak banyak benda boleh buat.. Malam tu nak hilang kan boring, aku pun lepaklah ngan member-member aku kat kedai minum yang ada Wifi, baru kecoh sikit macam-macam ada!!!!!.Kat kampung budaya acces internet mengunakan wifi dah agak popular .Rata-rata kebanyakan budak-budak muda lah yang mengunakanya,orang golongan lama agak slow sikit bab ni,tapi tak mustahil suatu masa nanti diorang yang lebih aktif dari kitaorang,insyaallah.

Ada gak yang pandang serong,kononnya kita orang belagaklah dan tengok benda yang tak senonoh, bukan semua jenis macam tu, banyak maklumat yang telus dalam web-web yang popular yang diorang tak tahu, rasanyalah!!!.Kalaulah budaya mendapat kan maklumat sekadar kat TV dan surat khabar jer, diorang boleh ubah kan best.kita budak-budak nak cakap payah, lagi-lagi yang tak ada kelulusan macam aku ni,mana diorang nak dengar, nak pandang pun tak.

Aku rasa setakat nak layari internet ni bukanya payah sangat, macam handphone lah, mula-mula jer agak kekok lama-lama ok lah. Yang penting kehendak untuk berubah, takkan nak tunggu maklumat ataupun berita datang bergolek jer, kena usahalah sikit. Mana tahu lepas ni setiap usrah-usrah Pas ada bahagian untuk membincangkan serba sedikit tip-tip yang berguna dan mudah bagi melayari internet, senanglah diorang nak tengok web TVPAS, Radio tko, ceramah live dari pimpinan tertinggi Pas dan terutama boleh tengok Harakahdaily dan tranungkite. Apalah koorang ni, aku tak ada niat nak ngajar la sekadar pendapat aku jer !!!! Janganlah marah, aku tahulah aku hambajahil, alamak terlebih lak!!.

Malam tu dahlah aku tengah serabut, kawan aku ni gi bagi software operamini, aduh!!! Tambah serabut lah akupunya kepala!!!.Mana aku tahu nak guna, dia pun cita lebih kurang ,huhhh!!!! Serabut kepala aku!!.Walaupun dia muda dari aku, tapi bab internet ngan handphone ni dia serba lebih tahu dari aku. Jadi bagi tak memalukan muka!!, aku buat-buat faham jer lah.
Kawan aku ni kata, yang dia faham lah tentang Operamini, adalah salah satu aplikasi untuk telefon bimbit yang mana menyokong perkhidmatan GPRS, fungsi dia mudah kita boleh melayari internet guna handphone jer kat mana-mana pun.Ooooo!! macam tu, aku pun terailah, betul gak dia cakap. Heee!!heee!!! koorang trailah, apa?? Dah guna dah. Ok lah tu, memang aku ketinggalan sikit nak buat macam mana.

Best gak lepak ramai-ramai macam ni macam-macam gelagat kengkawan aku buat,ada yang gila ambik gambar ,ada yang posing macam intelektual,ada yang buat gaya bloggerwan,ada yang buat gaya pemikir politik yang hebat lah,haaa!!! Haaa!! Yang penting kitaorang ada gak memikir macam mana untuk menaikkan lagi mutu kerja kami dalam menyumbang untuk kebaikan Islam.

“Ya Allah tambahkan lah kami ilmu dan hidayah yang membawa kebaikan dalam agama kami dan terimalah amalan kami yang sedikit ini”

Semoga setiap kedai-kedai makan ahli Pas, rumah-rumah ahli Pas dan markaz-markaz Pas memiliki talian internet dan menggunakan wifi,perkara ini boleh menambahkan lagi kemeriahan dan membuatkan perbincangan bertambah mantap,ia juga boleh mengikis dari penyempitan budaya penerimaan maklumat .Dalam asyik melayari internet berhati-hatilah dengan provokasi pihak musuh.

Sekadar pendapat aku hambajahil.

0 komentar:

Post a Comment