Musim tengkujuh!!!

| Date: Thursday, October 23, 2008 |
Bang tak ada ke artikel terbaru? Spontan isteriku bertanya pada ku, sambil tersengih-sengih muka dia menyindir aku.. Biasalah sha (pangilan manja untuk isteriku) tak keluar-keluar idea abang nak tulis.Tiba-tiba isteriku mengeluarkan ideanya, haa!!! bang cita jer pasal banjir, kan ni musim tengkujuh.Betul juga idea tu. Bantai jer takkan tulis pasal banjir pun takut kena ISA? Takkanlah cita pasal banjir pun kena dakwa dibawah akta hasutan? Kehh!!! kehhh!! Isteriku gelakkan aku.

Tak sangka gak tau juga dia keganasan ISA yang amat dipertahankan oleh kerajaan yang memerintah sekarang ini. Hey pelik tul perangai diaorang ni, apa relevennya ISA dikekalkan pada zaman sekarang pun aku tak paham. Padahal ramai yang mendesak supaya akta ini dimansuhkan. Kata Tok guru Nik Aziz klik la!! dan seperti respon Dr Mohd Asri Zainul Abidin kilk la!! Menarik respon diaorang terhadap ISA.Apa??? koorang dah tau!! Ok lah tu. Koorang memang prihatin.

Insyaallah bila Pakatan Rakyat memerintah Negara, ISA pasti akan dimansuhkan , dan banyak lagi kebajikan-kebajikan untuk rakyat akan diberikan kepada rakyat. Semoga benar apa yang dijanjikan. Semoga jangan terjadi hanya pandai buat janji jer dah lah??? Alhamdulillah Pakatan Rakyat memang mampu mentadbir dengan baik, seperti yang telah ditunjukkan dalam lima buah negeri yang sedang diperintah oleh Pakatan Rakyat, khususnya negeri yang diperintah oleh Tok Guru Nik Aziz yang mampu menempuh berbagai onak dan duri. Koorang dah tahu?? Habis aku nak cita apa ni!!.

Walaupun berbagai-bagai tohmahan dan kutukan yang diterima oleh Tok Guru Nik Aziz amnya rakyat Kelantan yang mengundi Pas oleh kerajaan BN namun sedikit pun tak menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan Pas untuk mentadbir kerajaan Kelantan, Alhamdulillah.

Kata nak cita pasal banjir mana dia? terkejut aku bila isteri tersayang aku sergah dari belakang, rupanya dok aku tekan keypad dia ada kat belakang. Ni nak tekan lah huruf pasal cita banjir, sabar la!! sekitar tahun 2007 kita di kejutkan dengan berlakunya banjir besar yang menimpa negeri Johor, ramai yang terkejut dan tindak menjangkakan perkara itu akan berlaku. Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya ini semua boleh jadi iktibar kepada yang hendak mengambil iktibar.

Dalam kejadian banjir besar itu, aku bersama pasukan Unit Amal kawasan turut sama terlibat bagi membantu mangsa banjir di daerah Segamat. Kehadiran Unit Amal pada masa bencana itu amat dirasai oleh penduduk tempatan, pelbagai kisah dan cita dapat didengar oleh mangsa banjir dan para petugas banjir khususnya pasuka Unit Amal yang datang dari seluruh Malaysia.

Didaerah aku sendiri pun perkara yang tak diduga berlaku jua tempat yang tak pernah ditenggelami banjir, tiba-tiba mengalami banjir yang amat dasyat. Banyak kemusnahan dan kerugian yang berlaku oleh mangsa banjir. Aku bersama-sama Pasukan Unit Amal dan jentera Pas membantu dan menyumbangkan mana yang termampu oleh kami.

Dari pengalaman yang pernah kita alami ini semoga persedian menghadapi banjir disetiap tempat telah dilakukan. Janganlah bila dah berlaku banjir baru kita nak kelam-kalibut tak tentu pasal. Kepada kerajaan BN, pastikanlah setiap sumbangan yang akan diberikan wajib sampai kepada mangsa yang amat memerlukan. Janganlah ada yang mengambil kesempatan dari penderitaan yang di tanggung oleh mangsa. Sesungguhnya setiap sumbangan yang diberikan itu adalah dari wang rakyat dan kembalikanlah dengan telus.

Unit Amal dan jentera Pakatan Rakyat khususnya jentera Pas??? aku yakin pasti pimpinan telah mengatur persediaan dan berbagai-bagai strategi untuk membantu jika berlakunya bencana banjir disekitar kawasan masing-masing. Semoga kali ini tidal berlaku banjir besar yang diluar kemampuan untuk kita hadapi.

Kepada yang sedang menghadapi banjir, semoga Allah memberi ketabahan dan kekuatan untuk mengharunginya. Bang!!!!! hari nak hujan angkat kain jemuran,aduh isteri aku ni, kain jemuran pun aku nak kena angkat. Hey!! bukannya takut isteri tapi isteri tak takut kat aku,hee!! Heee!! Saja jer gurau, isteri aku bukan macam tu lah. Ok jumpa lagi. Aku nak gi angkat kain jemuran ni.

Aku:hambajahil

0 komentar:

Post a Comment