Cangih,cangih memang cangih!!!

| Date: Saturday, October 11, 2008 |
Masa aku dengar ceramah live Hj Mat Sabu,tiba-tiba gatai lak jari aku nak tekan keypad.. Untuk tak menghampakan permintaan jari aku,haaaa!!! Ko orang tengoklah huruf apa yang kan keluar lepas ni.Banyak betul kelebihan dan kepakaran yang ada kat jemaah Pas yang tak mampu nak cerita semua,sedangkan dalam masa yang sama berbagai sekatan dan tekanan yang di kenakan terhadap Pas,namun penerangan-penerangan oleh Pimpinan Pas tetap mampu berjalan.

Koorang tak tengok ker??? Rugi oooo!!! Kalau bang Mat ceramah koorang tak dengar.Apa??? koorang tak kenal Hj Mat Sabu??? Jangan jadi orang lah kalau tak kenal…Ceramah itu di adakan pada tarikh 10/10/2008,bertempat di Markaz Tarbiyah Pas Parit Buntar,Titi Serong.Walaupun aku duduk jauh dari negeri Perak, namun atas kelebihan dan kepakaran yang ada di dalam Pas,masih dapat di ikuti siarannya dari rumah. Yang penting kat umah koorang mestilah ada internet.Kalau tak ada tak dapat den nak tolong.

Mula-mula aku tak tau juga jadual ceramah beliau,Tengah aku layari tranungkite.net,terjumpa lak iklan kat situ.Aku pun ikutlah panduan yang di tunjukkan,kali ni siaran live Hj Mat Sabu aku ikuti melalui WEB TV Pas,Parti Pas punyalah takkan umno punya.Mana umno reti,rebut jawatan reti lah diorang.Kaaahhh!!!kaaaah!!! tak habis-habis asyik kutuk diorang!!!! Habis nak kutuk sapa??? Dah diorang yang kuat menentang perjuangan jemaah Pas.

Pimpinan umno ni yang tau!!! sokong pengekalan akta zalim ISA jer.itu lah perjuangan diorang.Kalau diorang kena barulah diorang tau betapa besarnya pencabulan hak-hak kemanusiaan.Insaf-insaf lah wahai puak-puak umno!!!! Zaman kegemilangan dan kehancuran umno semakin hampir.Rakyat semakin matang dalam menilai setiap berita dan isu yang diterima.Aik!!! lain aku nak cita lain lak jadi nya.Aaahhh!!! ok lah tuu.

Fuuhhh best!!! Memang best!! dengar Hj Mat Sabu ceramah,patutlah Tok Guru Nik aziz,Tok guru Hj Hadi sayang kat dia,apatah lagi ahli jemaah Pas memang sepatutnya kena sayang kat dia.

Ilmu dan kefahaman mendalam dalam perjuangan Pas yang telah di kurniakan oleh Allah, telah di manafaatkan oleh beliau untuk kebaikan islam.Ketegasan dan istiqomah beliau dalam memperjuangkan islam memang tak dapat kita nafikan.Beliau salah seorang pimpinan lama yang masih releven dan banyak menempuhi onak ranjau dalam perjuangan,dan pernah juga menikmati suasana didalam ISA.

Laaa koorang marah kat aku pasal ampu Hj Mat Sabu!!! Nak buat apa aku ampu Hj Mat Sabu,,,!!! Bukannya dia kenal aku pun!!! Bukanya aku ni pimpinan dalam Pas!!! Bukanya aku dapat duit pun kat dia!!! Dan bukan!!!!bukan!!! bukan!!! Apa yang koorang fikirkan yang negative terhadap maksud aku!!!.Aku pun tak pernah bersalam pun ngan beliau,aku ahli Pas bawahan/kecil yang amat menghormati perjuangan pimpinan-pimpinan lama seperti beliau,yang patut menjadi tauladan kepada aku.Untuk tetap istiqomah dalam jemaah Pas.Terpulanglah kat koorang nak cakap apapun terhadap aku.

Apa sistem agaknya pakar-pakar it Pas ni buat siaran ceramah secara langsung melalui web tvpas.Haaahhh!!! peninglah aku memikirkan,tulah mak suruh belajar rajin-rajin tak nak dah tua baru nyesal,padan muka aku…Haaa satu lagi radio tko live yang di kendalikan oleh sifu Greenboc,fuuuh power betul diorang nii.Papepun aku tabik gila kat diorang,,,di gunakan ilmu dan kemahiran yang ada pada mereka untuk kebaikan perjuangan islam.

Semoga Allah merahmati dan menerima amalan mereka,dengan izin Allah atas kemahiran dan kepakaran yang ada pada mereka ini,sedikit sebanyak rakyat bawahan yang amat mendambakan dan mengharapkan maklumat yang telus dapat tercapai.Dan mereka-mereka ini merupakan orang yang telah berjaya mengubah landskap politik di Negara kita.Tahniah atas mereka,semoga lebih ramai lagi pejuang yang ada di dalam Pas memiliki kemahiran untuk di infak kepada jemaah Pas.Yang sedihnya songkok putih dah tak ada kat TKO,semoga Allah sentiasa memelihara dan membantu songkok putih.

AKU????? Masih tetap dengan kejahilan aku,sesuai betul ngan title hambajahil…..

penekankeypad;hambajahil

0 komentar:

Post a Comment