Lawak,seronok,kelakarlah yeker???

| Date: Thursday, October 9, 2008 |
Kahh!!!kahh!!!kahh!!! berebut-rebut sekarang nie pimpinan umno mempromosikan diri untuk memegang jawatan, yang akan di pertandingkan pada bulan mac tahun depan. Kemaruk betul diaorang ni kat jawatan.Yang geli hati dan nak muntah,habis dijajanya ini adalah kehendak akar umbi.Hahhh!!! hahh!! Hahhh!!.Baru ingat akar umbi???.

Nak membela bangsa lah,nak membela ugama lah,iye ker??? Islam Hadhari yang koorang perjuangkan ,itukah yang koorang kata memperjuangkan ugama???Jangan buat lawak lah.Ker nak kenyangkan diri sendiri ngan kroni jerrr???selama ini rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga minyak kerja sapa? yang menyokong untuk meluluskanya sapa???Kenaikan harga barang keperluan harian???koorang buat apa???

Di mana pimpinan umno?diwaktu kebanyakan rakyat dan pimpinan Pakatan rakyat mendesak kerajaan supaya memansuhkan akta yang amat zalim ISA???pimpinan umno buat apa???bersetuju akta ISA di kekalkan???Jika bersetuju???apa jenis pimpinan lah koorang???.Bila tiba musim pemilihan,berbagai-bagai janji dan slogan koorang buat,buat geli geleman dan loya tekak aku jer dengar.

Bagus!!bagus!!!bagus!!! koorang berebutlah jawatan yang akan dipertandingkan,memang itu sikap pimpinan yang ada dalam umno.Bak kata pepatah “lagi terang lagi bersuluh”kahh!!!kahhh!!!.Jika tak ada perebutan jer, yang akan buat aku pelik.Hehh!!heehh!! mari kita tengok ramai-ramai apa akan terjadi kat umno.Tengok jangan tak tengok nanti tak leh cita kat anak cucu lak bagaimana yang berlaku atas kehancuran dalam umno,insyaallah!!! jika ini adalah sekelumit dari berbagai lagi kebobrokan yang ada dalam umno yang tak sempat disebut,ini semua adalah merupakan penyumbang kepada penolakan rakyat terhadap umno.

Berbeza tul sikap yang ada pada pimpinan umno,jika nak dibandingkan dengan pimpinan yang ada pada pimpinan PAS.Perjuangan yang di lakukan oleh pimpinan Pas amat jelas,dalam setiap sudut yang di perjuangkan oleh mereka.Dalam memimpin jemaah PAS,pimpinan Pas telah meletakkan Al’quran,Hadis dan ijmak Ulama sebagai panduan mereka.Pimpinan umno??? Tepuk dada Tanya keimanan masing-masing.

Perjuangan jemaah Pas amat jauh perbezaanya jika kita hendak bandingkan dengan perjuangan umno.Dapat kita lihat semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia amnya yang yakin dan percaya dengan jemaah Pas.Ramai yang telah menyertai dan juga yang menyokong perjuangan jemaah Pas.Dan yang nyatanya semakin bertambah ahli kelab penyokong dalam jemaah Pas.

Kengkawan lebih jelas dan lebih bererti,untuk kita mengenali jemaah Pas sebaiknya kita terus dengar dari penjelasan-penjelasan dan juga penerangan-penerangan oleh pimpinan-pimpinan Pas,terutama Tuan Guru Hj Hadi,Tuan Guru Hj Nik Aziz,Tuan Guru Hj Harun Din dan ramailah lagi pimpinan yang berkelayakan dalam Jemaah Pas. Dan jadikanlah akhbar-akhbar rasmi Jemaah Pas sebagai sumber maklumat kepada kita.

Jika berlaku kemuskilan dan juga kecelaruan berita yang kita terima,janganlah kita terburu-buru dalam membuat penilaiyan dan juga ulasan.Lebih wajib untuk kita amalkan menanti ulasan dan juga penjelasan dari Pimpinan Pas yang berkelayakan.Kasih sayang yang ada pada Pimpinan Pas,untuk melihat ahli Pas agar terhindar dari azab Allah dan Neraka jahanam amat jelas yang tak dapat kita pertikaikan.

Aku??? ahli Pas bawahan/kecil,amat yakin dengan setiap keputusan,tindakan dan juga arahan yang akan di buat oleh Pimpinan tertinggi jemaah Pas.Kerana setiap keputusan dan juga tindakan adalah atas keputusan yang telah di bincangkan dalam setiap mesyuarat yang diadakan.

Panjang tul aku berleter,heeh!!heeh! sikit lagi cita,pasal keputusan Pak Lah yang tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden umno pada pemilihan umno bulan mac tahun depan.Aku tak terkejut langsung.Lantaklah sapa pun yang akan jadi Presiden umno,perjuangan umno tetap sama tak akan berubah.Tak ada keuntungan pada rakyat kebanyakan.

Kesian Pak lah,mana boleh bertemu dengan perjuangan imam Syafie,imam Maliki,imam Hambali dan imam Ghazali dekat umno.memang tak jumpa punya. Sampai bila-bila tak jumpa punya. Apa yang Pak Lah jumpa agak nyer yer???haah!! haah!! Kesian.Elok lah pak lah berundur,takkan sanggup nak bersama-sama tenggelam dalam kapal umno tu.Dengar lah nasihat Tok Guru hj Hadi dan Tok Guru Hj nik Aziz,akan tiba masanya rakyat akan menolak parti umno,semoga dengan salah satu sebab pengunduran pak lah ini lebih cepat umno terkubur.

Ok kengkawan kita sambung cita lain kali jer.Dah panjang sangat dah ni!! Macam buat buku novel lak.Heeh!!heehh.Apa koorang boring gila baca aku punya coretan!!!!. Aku memohon banyak kemaafan setiap keboringan dan kebosanan yang koorang alami sepanjang membaca coretan ku.

Pencoritdhoif:hambajahil

0 komentar:

Post a Comment