Tadarus yang sepi.

| Date: Monday, September 15, 2008 |
Assalamualaikum,laa!!! Tak kan dah tak nak baca apa yang aku nak tulis ni,releks lah dulu...Kalau tak nak baca pun tengok jerlah tulisan yang aku lakarkan ni.Terpulanglah tak nak baca pun tak ape,tak rugi kat kau orang.

Tadi masa aku lepak kat port!! Bukan port kelang tau,tapi kat kedai kopi lah.Mana lagi,tulah tempat aku tambahkan lagi serabut kepala aku ni.Berapi-rapi perbahasan para ahli-ahli politik yang tak bergaji,mengulas isu semasa dalam negara Malaysia yang ku cintai ini.Pehhh!!!! naik migrain aku nak paham apa yang dia orang bahas kan itu.

Tapi bukan isu itu yang aku nak conteng kat blog aku ni.Lain kali jer kite cite pasal politik ni.Aku Cuma nak cite pasal tadarus Al’quran kat tempat aku ni.Pelik betul lah tiba-tiba je tahun ni senyap je,heyyy naik pelik kepala lutut aku memikirkan.Selamat lah aku ni tak ada kencing manis,kalau tak habislah jari kaki aku,confirm kena potong punya.

Biasanya tahun sebelum ini,lepas terawih jer,aku pun join vanture gak dalam tadarus Quran ni.Tapi tahun ni boring gila bila lepas solat terawih jer tak ada dah majlis tadarus Quran.Apasal lah tiba-tiba jer diaorang dah tak buat.

Sedang kan majlis tadarus Quran,adalah salah satu yang dituntut dan di galakkan,lebih-lebih lagi di bulan ramadhan ini.Bukannya tak boleh kita baca Al’Quran sensorang ,tapi lebih baik kita ambik yang lebih afdhal dengan bertadarus beramai-ramai,barulah kita tau salah betul bacaan kita.Kalau kite baca sorang confirm gerenti betul semua kite baca,sapa nak tegur.

Aku pun dah nak blah ,lagipun keypad aku dah nak lock ni.Pankres pun dah sejuk ni kena dek kipas yang memusing kalah kan otak aku yang lembab ni.Mintak-mintaklah tempat lain hiduuuuuuuplah masjid dengan tadarus Al’Quran.AKU??? terpaksalah mentadaruskan diri ku yang jahil ini,dengan mendengar bacaan imam Masjidil Haram(mekah).Kalu kau orang nak join ngan aku boleh lah bukak tv9 kul 1.30am.

Ok chow dulu,assalamualaikum…

oleh;hambajahil

0 komentar:

Post a Comment