Adab sebagai teman

| Date: Wednesday, September 3, 2008 |
Assalamualaikum,jumpa lagi.Aku cadang hari ni nak pergi jumpa member aku,semalam member aku mesej katanya laptop dia kena virus....Jadi untuk belajar jadi kawan yang prihatin apa salah nya aku pergi tengok laptop dia ,walaupun aku tak tahu nak buat apa-apa ,sekurang-kurangnya aku ambil berat.Kalau payah sangat format je laptop tu nanti.

Sebetulnya aku respect kat member aku ni.pasal setiap artikel dalam blog dia,hampir keseluruhan artikel yang beliau terbitkan di blognya,adalah hasil tulisan beliau sendiri.Itu yang buat aku nak jumpa dia ,sekurang-kurangnya aku boleh belajar dan ambil tips untuk aku membuat artikel sendiri.

Itulah kelebihan duduk dalam jemaah pas.Kita di asuh dan di didik agar sentiasa memperkukuhkan ukhwah sesama jemaah.Kerana dalam perjumpaan,pertemuan dan perbincangan itu sendiri terselit seribu rahmat yang tak dapat kita huraikan dengan, diterjemahkan dengan tulisan itu sendiri.Bagi aku hambajahil macam aku ni penting untuk sentiasa membuat perjumpaan dan perbincangan untuk menambahkan lagi pengetahuan.

Bagi aku pertemuan dan perbincangan,adalah termasuk salah satu konsep tuntutan usrah itu sendiri.Lebih-lebih lagi jika perbincangan dan pertemuan itu membawa kebaikan dalam agama Islam.Walaupun setiap perbuatan dan kebaikan yang kita lakukan dalam jemaah Pas ,tidak di bayar dengan duit,tetapi kita sentiasa di asuh supaya yakin dengan ganjaran dari Allah yang berupa PAHALA .Bagi aku itu lebih bermakna dan bernilai dari ganjaran duit.

Yang aku faham kekuatan yang ada pada jemaah Pas,ahlinya di tarbiyah,agar setiap amalan yang kita lakukan hanyalah semata-mata untuk Allah.Dan jangan sekali-kali amalan dan pekerjaan yang kita lakukan adalah kerana pemimpin.Sama sekali tidak dibenarkan ahli pas taksub dengan pemimpin,tetapi kita mesti bersifat wala/taat selagi para pemimpin tidak meyimpang dari dasar al’quran,hadis dan keputusan ijmak ulama.

Sebelum aku berhenti merapu,marilah kita sama-sama menguatkan lagi ukhwah kita sesama umat islam.Dan letakkanlah sifat benci kita pada tempat yang betul dan yang dibenarkan dalam islam.Dan jangan sekali-kali kita menyalah gunakan sifat benci itu.

Salam ukhwah dari hambajahil.


0 komentar:

Post a Comment