perbincangan menarik aku dan isteriku

| Date: Thursday, September 25, 2008 |
Payah betul aku nak tekan keypad,terkial-kial jari aku yang lembab nie cari huruf apa lah yang aku nak tekan.. Heyyy!!!!!! idea tak adalaktu,nasib baiklah isteri aku yang tersayang,subuh niee mood dia baik,adalah sedikit sebanyak pandangan dan idea dia bagi kat aku untuk meyiapkan artikel.Tulah untung nya kalau dah kahwin,kalau sapa-sapa belum kahwin giee kahwin cepat.Rugi broo lambat kahwin hee!!hee.Haaaa!!! baru lancar jari aku tekan keypad.

Sejuk mata aku tengok pertemuan yang melibatkan 3 orang pimpinan tertinggi dalam Pakatan Rakyat,iaitu Tuan Guru Hj Nik Aziz,Tuan Guru Hj Hadi dan DS Anwar.Sudah menjadi kewajipan yang tua di hormati,yang berilmu perlu di rujuk.Apa lah yang mereka bincang agak-agaknya???.Tak terjangkau pemikiran aku nieee.Tapi aku tetap yakin bila pimpinan tertinggi bertemu mesti ada perkara yang penting yang akan dibincang kan oleh mereka.
Tepat pada masanya perjumpaan yang diadakan oleh mereka ,dengan keadaan suasana politik dalam negara masa ini.Aku yakin perbincangan mesti berkisar pada kebaikan Islam dan rakyat malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Aku yakin dan percaya,sebarang pertemuan atau perbincangan yang di lakukan sekiranya ia berkisar untuk kebaikan Islam dan kemaslahatan rakyat.Insyaallah pasti menemui jalan penyelesaiyan dan kejayaan yang ingin dicapai.Mudah-mudahan selepas ini lebih kerap lagi pertemuan dan perbincangan akan dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat,demi kebaikan Agama Islam dan rakyat malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Ok lah aku dah nak stop niee,eeehh!!!! Jup!!!Ko orang baca sikit lagi boleh tak.Aku tak puas hati betul lah adakeee!!!! minyak sekadar turun 10sen seliter.Kalau setakat 10 sen jer seliter mana ada kesan untuk penurunan barang keperluan yang lain.Heeyyy!!!! bila lah kerajaan nak faham tentang kesempitan hidup rakyat yang sederhana niieee.Apa??? ko orang kata aku tak reti bersyukur,tolong sikit broo!,syukur bab lain hak rakyat bab lain broo!.Apalah,takkan itupun tak boleh nak beza.

Kalau dah tak mampu sangat nak turunkan kadar harga minyak di bawah paras Rm 2.00 seliter.Bagi jer kat BARISAN PAKATAN RAKYAT memerintah kan habis citer.Kita lihat lak NEGARA BERKEBAJIKAN yang akan dilakukan oleh PAKATAN RAKYAT.Insyaallah pasti rakyat Malaysia akan nikmati apa yang dijanjikan oleh Barisan Pakatan Rakyat.

Kengkawan anak aku tanya kat aku.Ayah apa benda “AAAIIIAAASSSAAAEEE”????aku pun jawab dengan selamba, itu hukum hutan rimba yang akan pupus tak lama lagi,yang mengamalkan hukum itu hanyalah orang-orang yang tak bertamadun jer.Amat derita sesape yang terkena ngan hukum “AAAIIIAAASSSAAAEEE” cite pun tak guna.Mintak-mintaklah zaman anak aku nanti dah tak ada hukum ngarut tuuu!!!.Dah lah ngarut zalim lak tu!!!!dah lah zalim ko orang bubuh lah sendiri…..

"Akhir kalam maju lah budaya blogging untuk kebaikan makhluk alam maya ini"


penekankeypad;hambajahil

0 komentar:

Post a Comment