Projek budak kampung sempena aidilfitri

| Date: Saturday, September 27, 2008 |
Jam telah menunjukkan 12.30mlm,kengkawan aku masih lagi kelihatan bersemangat dan rancak berbual .. Aku nak suruh balik tak elok lak,tetamu adalah pembawa kebaikan dalam kunjungan mereka ke rumah kita.So tak ada sebab untuk aku tak bersabar atas kunjungan mereka kerumah aku yang macam kotak niee.Walau macam mana pun aku tetap gembira ngan mereka.

Dalam rancak perbualan kami,tiba-tiba jeeeer,jeng!!!!jeng!!!jeng!!!!! aduuuuuh!!!! buat suspen tul lah kawan aku sorang nieee.terpancar semangat berapi-rapi dari kawan aku nieee keluar dari mulut dia,kengkawan tak kan tak ada projek kita nak buat??? raya dah nak dekat niee.Last-last dia campakkan idea dia kat telinga kita orang.Alamak!!! boring nya mula-mula dengar.

Bukan nya projek besar pun dan bukanya projek dapat duit pun.Tu lah beza dia budak-budak dalam Pas niee walaupun nampak rock,walaupun kerja tak dapat duit,walupun diri sendiri pun kais pagi makan pagi, namun semangat untuk menggerakkan sesuatu projek tetap di rancang,jadi tak jadi nombor dua.Koorang nak tahu projek apa???? Alahhh!!! Koorang jangan gelak lak,jangan dengki lak dan yang penting jangan lah kutuk kita orang punya projek.

Member aku nie ajak aku ngan kengkawan aku,buat bena/kainrentang untuk menyambut kepulangan anak-anak muda yang duduk diperantauan ,yang akan pulang kekampung,sempena menyambut hari raya aidilfitri.sekurang-kurangnya projek tu tak banyak memerlukan modal.Setelah bertengkar lebih kurang,meja tunggang langgang ,air berjuck-juck habis di minum maka persetujuan pun dicapai untuk menjadikan projek itu realiti.

Malam tu juga kami jalan kan projek kami,terlepas lah peluang kami ni nak qiamulail,bukan nya apa siang kami kena kerja brooo,anak bini nak kena bagi makan jugak,kengkawan aku tak apalah semua bujang lagi.Seronok buat kerja dalam jemaah niee,walaupun sekadar buat kain rentang sahaja,walaupun koorang anggap ia adalah merupakan suatu perkara yang tiada faedah.

Lantak koorang lah sekurang-kurangnya kami niiee budak Pas yang duduk di kampung amat menghargai kepulangan kengkawan kami yang di perantauan,sedaya upaya yang termampu kami lakukan untuk menunjukkan kebaikan yang dituntut dalam jemaah Pas.Jika berlaku sedikit kelemahan/ keburukan yang berlaku,itu adalahmerupakan kelemahan yang ada pada manusia yang berada dalam Pas itu sendiri.Tetapi jauh sekali ia bukanlah kelemahan pada dasar dan tuntutan yang ada dalam perjuangan Pas.

Yang lebih penting projek itu adalah merupakan satu penggerak dan pencetus kemesraan dan juga kemuafakatan kami bersama-sama dalam jemaah.Dari situ kami dapat kenal lebih rapat sesama kami dan sudah tentu sedikit sebanyak dapat kita lihat kelemahan serta kelebihan yang ada sesama kita.Sebagaimana kita boleh menerima kelebihan setiap kawan kita,tak ada sebab dan adalah satu kezaliman jika kita tidak boleh bertolak ansur jika berlakunya sedikit kelemahan yang ada pada kawan kita.

Untuk menyuntik semangat dan keyakinan kami dalam meneruskan dan menyiapkan projek kami itu,satu sahaja yang kami sentiasa terapkan dalam hati kami,dan jika ada salah seorang dari kami mengeluh dan merasa lemah semangat dalam proses menyiapkan projek itu kami akan dingatkan dengan kata-kata semangat”Biar kan jika manusia tak memandang kerja kita dan tak menghargai kerja-kerja kita, yang penting dan kita amat harapkan ,tujuan kita hanya satu supaya Allah sudi menerima sekelumit amalan kita ini”Itu lah menjadi zikir kami dan munajat kami,jika kami merasa lemah dan merasa malu jika,kalau-kalau projek itu tak sesuai,tidak kena pada masanya dan menjejaskan reputasi dan keyakinan masyarakat terhadap perjuangan Pas.

“Peringatan kepada sesiapa yang memandu dalam musim perayaan ini semoga pemanduan anda sentiasa disandarkan dengan keimanan,pandulah dengan penuh berhemah dan bertanggungjawab diatas setiap tindaktanduk anda ingat ,nyawa anda amat berharga untuk mendaulatkan Islam yang tercinta”

setelah jam menunjukkan 5.00am waktu kebiasaan aku nak sahur.diaorang masih tak berganjak lagi.ganjak tak ganjak pun lepas orang umah kesayangan aku tanya koorang tak ada umah ker???

Ok lah kengkawan dah panjang ni aku merapu,keypad aku pun dah lock.

Perapu;hambajahil

0 komentar:

Post a Comment