Penangan keypad!!!!

| Date: Wednesday, September 24, 2008 |
Dengan ini hambajahil memulakan menekan keypad,semoga Allah memberi hidayah dan petunjuknya kepada hamba jahil.. Jika berjaya hamba jahil menekan keypad,insyaallah akan tergambar lah apa yang ingin hambajahil kongsikan bersama sahabat-sahabat.

Cite apa yer kali nie nak dikongsikan ngan kengkawan,Cuma nak buat peringatan bersama bulan syawal dah nak muncul.Haaaa!!!!! macam mana kengkawan dah giee bayar zakat ke belum?????. Apa?? Belum!!! nak gie bayar last minit,terpulang jangan sampai terlupa gie bayar dah.Tahun nie kadar harga zakat fitrah naik sikit.Naik tak naik kewajipan mengeluarkan zakat tetap berjalan.

Kengkawan!! yang aku tahu lah,zakat niee merupakan rukun islam keempat selepas kewajipan berpuasa dan zakat fitrah nie pula wajib di tunaikan sebelum solat Aidilfitri. Tujuan zakat ini dimanfaatkan oleh asnaf yang lapan, khususnya fakir miskin bagi menggembirakan mereka menjelang sambutan hari lebaran.

Papepun untuk keterangan lanjut ko orang tanya ustaz yang berdekatan ngan ko orang.Kan tempat ko orang ramai ustaz yang bertauliah.Semoga setiap amalan yang kita lakukan sentiasa mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh agama islam.

Ok lah kengkawan keypad aku dah nak lock niee.Aku dengar cite minyak dah nak turun 20sen???yer!!! tak yer!!!! tak tau lagi!!!!Tapi best lagi tawaran Pakatan Rakyat yang sanggup menurunkan 50sen jika di beri kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah.

Aku ngan kengkawan aku memang tak setuju minyak hanya turun dengan kadar yang terlalu rendah(20sen).Sepatutnya kerajaan mestilah menurunkan harga minyak pada paras RM 2.00 kebawah,jika kerajaan berjaya menurunkan harga minyak yang di tuntut oleh rakyat yang prihatin tetang betapa pentingnya harga minyak wajib diturunkan dengan kadar yang sepatutnya.

Aku yakin langkah itu adalah satu langkah yang bijak dan bertepatan.Ini semua mampu memulihkan kembali kestabilan ekonomi rakyat yang berkehidupan sederhana ,dan dapatlah mengurangkan sedikit tekanan dalam perbelanjaan kehidupan seharian rakyat Malaysia, yang kebanyakanya berpendapatan sederhana.Lebih-lebih lagi orang kampung macam aku niee ngan kengkawan aku.

Aku ngan rasminya mengangkat diri aku sendiri (hambajahil) menyokong penuh setiap permohonan ataupun desakan badan-badan NGO ataupun parti-parti politik yang memperjuangkan penurunan harga minyak kepada kerajaan ,yang mengikut lunas-lunas undang-undang yang telah ditetapkan dalam negara Malaysia.Dan marilah kita bersama-sama memberi sokongan terhadap mereka yang terlibat dalam memperjuangkan nasib rakyat,amnya yang berkaitan penurunan harga minyak ini.

Kat sini aku sertakan link yang berkaitan penghantaran memorundum desakan penurunan harga minyak yang telah di lakukan oleh Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan.Aku rasa berbangga terhadap iniseatif yang di lakukan oleh Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan.Aku ngan kengkawan aku mengucapkan syabas dan tahniah.

Alamak dah shubuh lak,ok lah aku nak gie sembahyang subuh dulu.Akhir kalam
“marilah kita bersama-sama meletakkan diri kita dalam Jemaah Parti Islam Semalaysia(PAS)”Takhbir!!!!
"Membangun bersama Islam"
"Bersama kepimpinan ulama"

penekankeypad;hambajahil

0 komentar:

Post a Comment