BN / UMNO serba tak menjadi

| Date: Wednesday, January 14, 2009 |
Pelbagai taktik dan strategi yang dilakukan oleh parti BN untuk memenangi PRK036 Kuala Terengganu. Difahamkan mereka sanggup mempergunakan jabatan-jabatan kerajaan bagi membantu kempen mereka.

Lebih memeranjatkan lagi dengan kehadiran angota Polis yang dianggarkan lebih kurang 10.000, ini suatu perkara yang aneh dan tak pernah berlaku dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Apakah motif mereka?

Apapun yang mereka(BN) lakukan, tidak mampu untuk menutup setiap kelemahan dan kepincangan dalam menguasai hati rakyat Kuala Terengganu, bagi memberi undi kepada mereka(BN).Rakyat telah muak dan menyampah dengan rekod buruk mereka semasa diberi amanah untuk mentadbir , amnya Kuala Terengganu.

Setiap percubaan mereka(BN) untuk memecah belahkan PAKATAN RAKYAT , sentiasa menemui jalan buntu dan kegagalan. PAKATAN RAKYAT semakin mantap dan sentiasa mendapat tempat dihati rakyat yang sentiasa mendambakan pentadbiran yang bersih dan membela hak-hak rakyat.

PAKATAN RAKYAT sentiasa berganding bahu dan bermesyuarah demi membela Rakyat . Jika diperhatikan tekanan dan sekatan amat ketat dikenakan kepada PAKATAN RAKYAT, namun usaha-usaha memberi penerangan dan pembelaan jelas diterima oleh rakyat .

Ramai yang meramalkan Peluang PAS untuk memenangi PRK036 Kuala Terengganu terlalu cerah. Insyaallah ramalan itu akan menjadi kenyataan, sama-sama kita berdoa semoga Allah memberi kemenangan kepada PAS.

Baru-baru ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara rasminya telah menyerahkan skrin layar (LCD) yang besar kepada jentera pilihan raya PAS di Kuala Terengganu dalam usaha membantu kempen .

Tiada sebab untuk para pengundi di Kuala Terengganu untuk menolak calon PAS, jika mereka mendapat maklumat yang jelas dan benar dari penerangan-penerangan pimpinan PAS amnya PAKATAN RAKYAT.

"BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK DEMI MASA DEPAN"

penekan keypad:hambajahil

1 komentar:

Unknown said...

assalamu`alaikum...takbirrr.......insyaallah pas menang............anggota 2 salah eja..repair sket....hehe..jangan mare....

Post a Comment