ziarah yang membawa keberkatan...

| Date: Saturday, October 4, 2008 |
Ziarah-menziarah adalah salah satu amalan yang amat di tuntut dalam islam,lebih-lebih lagi dalam bulan syawal ini.. Raya tahun nie, alhamdulillah, ada juga lee!. Teman ku yang sudi datang kerumahku.Walaupun aku nie terlalu banyak kelemahan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang sahabat,alhamdulillah mereka masih lagi sudi menerima aku sebagai sahabat dan menerima kelemahan yang ada pada diriku.

Kesempatan yang ada, banyak kami isi dengan perbualan-perbualan yang menyentuh berbagai isu yang menarik untuk kami bincangkan bersama.Dan tak terlepas dalam bab nasihat-menasihati antara kami.Dan dalam kesempatan yang ada itu,alhamdulillah,sahabatku telah menegur aku kerana aku agak jarang menghadirkan diri dalam program-program jemaah yang di anjurkan.

Memang aku akui selepas habis mengharungi pilihan raya ke-12,memang aku agak jarang menghadirkan diri disetiap program yang di anjurkan oleh jemaah.Dan aku akur dalam setiap teguran dan nasihat dari sahabat-sahabatku.Yang dapat aku rumuskan,ini semua adalah atas dasar tanggungjawab dan kasih sayang sebagai sahabat, dalam meneruskan lagi amalan dan tanggungjawab sebagai ahli jemaah Pas,dan teguran mereka bukanlah atas dasar untuk mencari kelemahan yang ada pada diriku.

Dan aku amat berterima kasih di atas sifat tanggungjawab sahabat-sahabat ku itu.Dan dalam masa yang sama aku juga berharap semoga aku diberi kekuatan oleh Allah untuk bersama-sama dalam setiap program yang akan diadakan oleh jemaah,insyaallah .

Masih lagi aku terasa suntikan semangat yang dilontarkan oleh sahabatku, dalam kita mengharungi liku-liku perjuangan dalam jemaah Pas.Kata sahabat ku,hambajahil ,"kita mesti rasa bersyukur kerana Allah telah memilih kita hidup dan duduk dalam jemaah Pas,jangan kita mempersia-siakan peluang yang telah dianugerahkan oleh Allah."cuba kita bayangkan,andaikata kita hidup dalam suasana yang sentiasa melawan dan mempermainkan hukum-hukum Allah,betapa malangnya hidup kita.

Walaupun kita tergolong dalam golongan orang yang tidak berilmu,tetapi kita wajib bersyukur kerana kita masih lagi duduk dalam jemaah Pas,yang dipimpin oleh para alim ulama,yang telah meletakkan Al’quran dan Hadis menjadi panduan dan penyuluh dalam setiap kehidupan.Sahabat ku menasihatiku lagi,"jemaah Pas tidak akan rugi jika kita tiada dalam jemaah Pas ,tetapi kita mesti ingat!!!kita lah yang akan rugi kerana jemaah Pas tetap akan bergerak walaupun kita tiada."Ayuh!!! marilah kita bersama-sama menunaikan tanggung jawab sebagai ahli Pas.

Aku amat hargai setiap teguran dan nasihat yang diberikan oleh sahabat-sahabatku itu,masih lagi aku ingat detik-detik manis semasa musim pilihan raya yang lepas.suasana memasang bendera,membuat banner/kain rentang,solat hajat beramai-ramai,menyampaikan risalah,dan banyak lagi program yang tak mampu disenaraikan disini,yang nyata, suasana itu penuh ukhwah dan harmoni.Untuk memastikan kemenangan perjuangan islam.Dan bukan atas dasar untuk mendapatkan nama pangkat ataupun harta benda.

Dan banyak lagi program-program yang ada didalam jemaah Pas,yang dapat memberi manafaat dan kebaikan untuk diri kita dan juga masyarakat setempat.Semoga Allah memulih dan menyihatkan tubuh badan ku serta memberi kekuatan kepadaku untuk menunaikan tanggungjawab sebagai jemaah Pas.Aku berharap,masih ada hari esok sinar untuk ku berjuang bersama-sama jemaah Pas.

Oleh:hambajahil

0 komentar:

Post a Comment