Beberapa hari di KT

| Date: Thursday, January 8, 2009 |
Sepanjang pengalaman ku, beberapa hari di Kuala Terengganu, sempena Pilihan raya kecil. Bagi aku peluang PAS untuk memenangi Pilihan Raya kecil kali ini amat cerah.

Kebijaksanaan Pimpinan PAS,mengatur strategi dan menggerakkan jentera Pilihanraya, amat tersusun dan penuh strategi. Ini adalah merupakan salah satu prasyarat untuk mencapai kemenangan.Sehingga kini jelas menampakkan hasil yang amat digeruni oleh parti BN.

Aku yakin insyaallah Pas akan Berjaya memenangi Pilihanraya kecil ini. Walaupun pelbagai provokasi dan juga perancangan jahat yang ingin dilakukan oleh BN, namun pengundi di Kuala Terengganu, amat matang untuk menilai siapakah calon yang layak untuk memimpin mereka dan membela hak-hak mereka.

Agak mengusarkan sedikit pada diriku , adalah Undi Pos, kerana Undi pos sangat misteri. Misteri kerana Barisan Nasional (BN) menang sokmo dalam kiraan undi pos.

Namun aku yakin, tidak mustahil kali ini Undi Pos mampu menyebelahi pada calon Pas, Insyaallah.

“Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah Semoga Allah memberi kemenangan kepada jemaah PAS “


0 komentar:

Post a Comment