UMNO & BN Tidak Akan Dipercayai,Apatah lagi Pemuda UMNO

| Date: Tuesday, December 8, 2009 |
Ayuh rakyat Malaysia marilah kita bersatu hati membantu mempertahankan Kerajaan Kelantan dibawah pemerintahan PAS.Rakyat Malaysia sedia maklum,kenapa BN cuba sedaya upaya untuk menawan kembali Kelantan.

Pelbagai tohmahan kepada kerajaan kelantan yang diterajui oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik mat,sehingga sanggup mengenepikan akhlak-akhlak Islam maupun sistem Demokrasi yang mereka julang.

Jika anda masih belum sedar!!!! mari kita teruskan lagi bacaan,sebelum itu buanglah sikap angkuh ,sombong dan kebudak-budakan anda untuk mencapai kefahaman bacaan seterusnya.

..........................................................................
UMNO Cabul Hak Rakyat
Rampas Royalti Minyak
1. Rakyat tidak lagi percaya kepada kepimpinan UMNO dan BN terutama merujuk kepada kenyataan TPM [ 8 Julai 2009 ] bahawa soal royalty minyak Kelantan akan dijelaskan oleh Petronas sendiri dan UMNO dan BN kononnya tiada niat menyeleweng hak Kelantan.

2. Hal ini sememangnya telah dijangkakan kerana rakyat sudah sedar bagaimana sepanjang PAS mentadbir Terengganu dahulu royalty telah dijadikan wang Ihsan .

3. Wang sebanyak RM 253.6 juta yang dibayar oleh Petronas kepada Kelantan lesap tanpa diketahui ke mana alirannya (menurut http://www.chedet.cc/). Dikatakan bayaran telah bermula sejak tahun 1976 lagi. Stok Kelantan mampu memberi pulangan sebanyak RM 1 bilion setahun kepada Kelantan jika semua telaga beroperasi.

4. Diperairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000, 000,000). Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut :

* Blok A18,
* Blok B17 & C19,
* PM3,
* Sub-Blok Ular,
* PM301 & PM302,
* PM303,
* PM311 & 312

5. Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

6. APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN ? Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

* Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.

* Kerajaan UMNO dan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

7. Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.

8. Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

* Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.

* PASKelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.

9. PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

* Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
* Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009
* Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
* Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

10. Sebab itulah UMNO dan BN berusaha keras untuk merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi UMNO dan BN untuk merampas Kelantan semula.

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion). Sebab itulah UMNO dan BN mahu merampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.

Petikan : Episode Sebuah Perjuangan

0 komentar:

Post a Comment