Rasailah Dengan Penuh Nikmat Wahai DR Mahathir

| Date: Sunday, December 6, 2009 |
Pendedahan Yang telah dilakukan oleh Dr mahathir baru-baru ini, "UMNO kini busuk hingga keususnya" aku yakin, beliau melafazkan dalam keadaan sedar dan penuh bertanggungjawab.

Perkara itu telah pun dijangkakan oleh pimpinan lama yang berada dalam PAS, sering kita diperingatkan tentang doa Allahyarham Tuan Guru Hj Fadzhil Noor " semoga Allah Memanjangkan usia DR mahathir agar beliau dapat melihat satu persatu kerosakan dan kehancuran yang berlaku dalam UMNO ".

Walaupun kritikan dan pandangan beliau yang agak terlewat,namun aku yakin mampu menjadi panduan dan kesedaran kepada ahli-ahli UMNO untuk menilai sendiri parti yang mereka dukungi itu.

Harus diingat yang melafazkan ungkapan itu bukanlah ketua pemuda Umno,ahli umno bawahan ataupun orang-orang PAS, DR Mahathir kita telah sedia maklum,siapa beliau!!!!.
Untuk Ahli UMNO yang masih ada,masihkah anda yakin untuk bersama UMNO???.Buatlah penilaian yang bijak, walaupun selama ini anda pernah dipimpin oleh orang yang kurang bijak,namun aku harap anda buatlah keputusan yang paling bijak dalam hidup anda kali ini.

PAKATAN RAKYAT sentiasa terbuka untuk anda,Insyaallah kita bersama-sama dalam membangunkan negara ini dibawah pimpinan yang lebih berkualiti.

Secara peribadi aku amat menghargai pendedahan yang dilakukan DR Mahathir,itulah natijahnya bila perjuangan berpandukan Nasionalis,akhirnya anda pasti akan melihat,merasai dan menyesali perjuangan yang anda lakukan selama ini.

PAS tetap menjadikan AL'Quran,Hadis dan Ijmak Ulama Menjadi panduan dalam melayari perjuang ,Insyaallah kita akan melihat,merasai dan bersyukur amalan yang telah kita lakukan.

Akhir kalam,aku yakin banyak lagi pendedahan-pendedahan yang akan dilakukan,mungkin pendedahan itu tak pernah terfikir oleh kita.Dibawah ini aku sertakan pendedahan yang dilakukan oleh beliau,yang telah aku copy dari Harakahdaily,semoga Allah membuka hidayah dan petunjuk kepada kita bersama.



"Umno kini busuk hingga ke ususnya" - Mahathir
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

" Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.

Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

0 komentar:

Post a Comment