Tutorial Membina Blog

| Date: Tuesday, September 1, 2009 |
Web Designblog Blog ialah akar-kata dari pekataan Weblog, satu istilah yang pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulan Desember 1997. Jorn Barger telah menggunakan istilah Weblog ini untuk menamakan kumpulan lamanweb peribadi yang selalu dikemaskini secara berterusan dan disertai dengan pauatan-pautan ke website lain yang mereka anggap menarik juga dengan komentar-komentar mereka sendiri.

Di sini saya akan memberikan sedikit panduan untuk mencipta BLOG dengan tapak blogger.com yang saya kira amat mudah untuk mereka yang baru ingin memulakan sesebuah blog di alam siber ini.

LANGKAH 1

Pergi ke http://www.blogger.com dan klik butang 'create your blog now'
LANGKAH 2

Disini ada sedikit perhatian yang perlu diberikan. Jika anda sudah mempunyai akaun gmail anda boleh terus login dengan mengklik pautan "please sign ini first" dan setelah itu penuhkan username dan password anda.
Jika anda belum mempunyai gmail anda penuhkan maklumat yang diminta.
* alamat email anda yang gunakan contohnya idajaya@yahoo.com

* kata laluan

* nama yang akan dipaparkan - dikaki setiap artikel .. posted by ********** (namapaparan)

* pengesahan kod (word verification) - taipkan berdasarkan perkataan yang tertera.

* Klikkan kotak tanda setuju dengan syarat yang diberikan

Setelah siap klik butang "continue"

LANGKAH 3

Skrin berikutnya akan memaparkan petak-petak untuk beberapa maklumat yang perlu anda isikan.
# Penuhkan 'Blog Title' iaitu tajuk blog anda, contohnya: Blog Wak Jembal merupakan tajuk blog contoh ini.

# Blog Address: pilih nama untuk url blog anda, selepas memilih nama yang anda inginkan, klik "Check Availability" untuk menentukan sama ada alamat pilihan anda itu telah diambil orang atau masih kosng. Jika ianya sudah berpunya, anda hendaklah memilih nama yang lain yang lain.

# Setelah siap, klik butang 'continue'

Selepas itu anda hendaklah memilih template / rekabentuk blog yang telah disediakan, kemudiannya klik 'continue'
Dan anda telah berjaya mencipta sebuh blog dan telah boleh memulakan mengepos artikel pertama anda.
sumber : zulkiplyharun

0 komentar:

Post a Comment