'perhatikan apa yang dikata, jangan dipandang siapa yang berkata2'

| Date: Wednesday, July 15, 2009 |
seorang hina (kafir/kaki maksiat/orang yang tak perfect/budak kecil/etc.) datang memberitahu kamu sesuatu (nasihat/komen/etc.). jangan dipandang hinanya dia. tapi ingatlah kekuasaan Allah; melalui seorang yang hina, tetap Dia kuasa memberikanmu petunjuk dan hidayah. seperti kata2 hikmah;

'perhatikan apa yang dikata, jangan dipandang siapa yang berkata2'


kerana hikmah itu milik orang2 mukmin. dari siapa pun ia tercampak keluar, di pangkuan orang2 mukmin juga tempat kembali.


seorang alim datang mengajarkan maksiat kepada kamu (samada melalui perbuatan/percakapan). jangan dipandang terhormatnya orang yang berkata2. tetapi ingatlah Allah, yang haram tetap haram walau keluarnya dari tempat suci.

apa sahaja yang baik itu dari Allah, dan apa sahaja yang jahat itu dari syaitansetan. semoga Allah merahmati dan mengampunkan kita semua. amin.

0 komentar:

Post a Comment