KITA DAN MESIN TAIP ROSAK

| Date: Wednesday, July 22, 2009 |
Sebuah kumpulan atau organisasi itu adalah umpama mesin taip. Bagaimanapun, sesebuah mesin taip walaupun masih baru dan berkilat, akan menjadi tidak berguna jika salah satu daripada butang-butangnya rosak.

seperti yang disebutkan tadi, sebuah kumpulan adalah umpama mesin taip. semua orang sama penting. Mungkin anda beranggapan, “Alah... aku hanya seorang ahli – seorang individu. Kalau aku ponteng, kerja lebih kurang, buat ala kadar pun tak apa. Kumpulan ini tak akan rosak kerana aku seorang.”

Kalau anda beranggapan demikian, anda silap. Ya, anda silap kerana sesebuah kumpulan sangat memerlukan penglibatan setiap ahli secara aktif dan produktif.

Jadi apabila terlintas di fikiran bahawa anda Cuma seorang ahli, seorang individu, usaha anda tidak diperlukan, maka cepat-cepatlah ingat kepada mesin taip yang salah satu butangnya rosak, dan terus katakan pada diri anda,

“Aku orang penting dalam kumpulan ini. Tenaga serta khidmat aku diperlukan bagi membolehkan kumpulanku ini berfungsi dengan berkesan!”

0 komentar:

Post a Comment