Ikut koorang lah nak baca ke tak........

| Date: Monday, July 27, 2009 |
Sempena Sambutan Jubli Perak Pas Kawasan Rompin , Aku !!!!! hehe sempat gak zoom beberapa gambar untuk dijadikan koleksi , tapi yang amat menyedihkan video yang aku rakam malam pertama sambutan , aku terpadam , aduh kecewa tul tahap gaban .

Jadi x leh lah aku nak kongsi kat koorang , untuk sama-sama ambil manafaat dari ceramah yang mereka sampaikan. Rugi tul bukan calang-calang pimpinan malam tu , antaranya adalah Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man , Ustaz Nasarudin Tantawi dan Husam Musa .

Aku pun tak tahu mcm mana boleh terpadam dari computer aku , mungkin ini semua sifat serabut aku kot. Dah lah sedih terpadam video rakaman , leptop aku siap boleh jatuh lak , nasib baik boleh pakai lagi , walaupun dah tak seperti asal. Tak kisahlah mungkin ni kifarah kat aku kot.

Pas Kawasan tempat aku , telah menyambut Karnival Sambutan Jubli Perak Pas Kawasan Rompin kali ke 25 . Pelbagai acara turut diadakan antaranya jasamu dikenang , kejohanan futsal padang , sukan Pasti , Sukan rakyat ,gerai pameran, gerai jualan dan lain-lain .

Acara yang paling meyentuh aku ,” jasamu dikenang “ ia mengimbas kembali bagaimana jerit perit orang-orang terdahulu menubuhkan Pas ditempat aku , suasana dahulu aku yakin tak lah semudah dan sesenang seperti sekarang . Namun Tribulasi perjuangan tetap ada.

Papepun Tahniah kepada Pimpinan Pas kawasan rompin dan Ahlinya, kerana telah berjaya menyambut Karnival tu . Semoga dengan sambutan ini Pas kawasan Rompin lebih mantap , dengan kesesuaian umur mereka.

Ok brooo sebelum aku nak belah aku ajak koorang tengok sebahagian gambar orang yang dibelakang latar untuk menjayakan program ini.

















0 komentar:

Post a Comment