100 meter atau 1000 meter

| Date: Wednesday, March 18, 2009 |
Andai dipisah gitar dan drum tak jadilah konsert2,itulah kata2 hikmat penyanyi zaman tok kaduk...memang betol kata2 beliau,sekarang ni banyak kita dengar samaada di radio@televisyen mengiklankan suruh pergi ke konsert yang dianjurkan syarikat2 korporat,sambutan orang ramai terhadap hiburan amatlah menggalakkan,kenderaan penuh sesak di jalan raya.

Semua dipanggil dari anak yang muda hingga atuk yang berkerusi roda,konsert bemula pukul 8 malam,tetapi puku 3 petang pun ada yang dah keluar,takut tak da tempat,takut tiket habis dan untuk melihat artis kesayangan mereka menyanyi,tak kira dari utara,timur,barat dan selatan semua ada,yang datang beratus kilometer pun ada.kalo dah datang kol 3,asar dan maghrib dimana?

pada masa yang sama,ada satu bangunan yang tak sampai 100 meter je dari rumah menganjurkan majlis ilmu agama mendekatkan diri pada yang Esa,bahkan percuma pula tapi sayang hanya tok imam,tok siak dan bilal saje ada,inilah fenomena yang berlaku di akhir zaman.

Sunyi masjid dan surau,banyak nyamuk dari orang yang hadir berjemaah dan mencari ilmu,tetapi masjid dan surau orang akan datang bila ada kematian,itu pon nak disolatkan,dan waris datang jemput ahli jemaah buat tahlil,kadang2 tok imam pon tak kenal,inilah penyakit yang semakin membarah dan akan merebak andai tidak dirawat dengan cepat.

Tapi sukar untuk dirawat kerana kadang2 pemerintah sendiri turun padang memberi sokongan,kalo dah drebar pun tak betol,penumpang lagilah tak betol...Betol tak?betol,betol,betol,patutnya pemimpin camni orang tak yah sokong,sokonglah pemimpin yang cintakan islam,baru betol,sape lagi PASlah(bukan BN)takkan takut tak dapat mangkuk jamban,kain pelekat dan mata cangkul kot,ahak,ahak,ahak...

Esok kalo dah masuk liang kubur?Ape yang dibawa?LU PKLA SENDIRI.........AHAK,AHAK,AHAK.........cintailah islam sepenuh hatimu...baru selamat...ini sungai jer yang suruh cinta,ape barang...kah,kah,kah.....

0 komentar:

Post a Comment