Ubah Gaya Hidup

| Date: Sunday, July 20, 2008 |
Assalamualaikum,salam persaudaraan dari aku.Seronok aku tengok gambar kat sebelah ni,...nampak macam lawak tapi bagi aku ia penuh dengan makna dan simbolik yang tersirat,yang perlu kita fikirkan bersama-sama.

Tak mustahil pada suatu masa nanti,budaya menaiki basikal ke pejabat,akan menjadi trend pada para pekerja di Kuala Lumpur atau Johor Bahru.

Aksi YB Pakatan Rakyat Berbasikal ke Parlimen adalah salah satu tindakan Protes mereka terhadap kenaikan harga minyak yang naik secara mendadak.Yang sehingga kini tiada tanda-tanda yang menunjukkan akan turunnya kembali harga minyak,yang di tuntut oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Berbagai cara telah di lakukan oleh kebanyakan pihak yang memohon kepada kerajaan untuk menurunkan kembali harga minyak yang naik secara mendadak ini.Antaranya baru-baru ini telah di adakan himpunan aman Protes kenaikan harga minyak di stadium MPPJ Kelana Jaya dan yang terbaru perdebatan mengenai isu minyak oleh Dato shabery cheek dan DS Anwar Ibrahim secara langsung di tv9.

Dan sehingga saat ini masih juga tiada tanda akan di turunkan kembali harga minyak oleh kerajaan.Yang jelas semasa di dalam programa debat baru-baru ini dengan penuh keyakinan dan ke ikhlasan dari hati Dato Shabery Cheek mempertahankan betapa releven nya Kerajaan menaikkan harga minyak.Aku yakin rakyat mampu menilai sendiri,adakah ia releven atau tidak,itu hak rakyat yang tak boleh di pertikaikan.

Bilakah minyak akan turun????.Teringat aku kat lagu "bilakah lagi" yang selalu di pasang kat radio tko.fm.sungguh bererti lagu tu bagi aku lah.he!!hee!! sentimental lak.
Harga barang makan semakin naik????.

Jawablah sendiri!!!!.

Berbalik kepada gambar di atas,ada rakyat yang mengatakan mereka ni nak cari publisiti murahan lah dan macam-macam lagilah.Dan lebih ramai yang menyokong perbuatan mereka.Bagi aku ini lah pemimpin yang kita cari selama ini,yang mampu menyelami penderitaan dan keluhan rakyat.Sanggup membela rakyat,bukan sekadar cakap-cakap kosong.

Aku berpendapat budaya menaiki basikal ke pejabat adalah budaya yang sihat.Dan perlu di war-war kan kepada rakyat malaysia.Dan ini bukanlah budaya yang memalukan bagi aku lah.Selain menyihatkan badan ia juga boleh mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Mampukah budaya menaiki basikal ke pejabat ini boleh dilakukan????
Mampukah budaya menaiki basikal menarik perhatian kerajaan untuk menurunkan kembali harga minyak?????
Sesuaikah budaya menaiki basikal ke pejabat ini di lakukan?????

Jawapannya adalah terserah kat individu masing-masing, kan negara kita Demokrasi.

Ok lah aku dah nak berhenti ni.Oh ye sebelum aku terlupa,gambar tu aku kopi kat blog tukul besi,best blog tu gi lah terbang ramai-ramai kat blog tu.Seperti biasa sebelum aku berhenti sama-sama lah kita renung kan maksud Hadis ini.

Maksud Hadis riwayat Muslim;

"Dari Ibnu Mas'ud r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda,"Tidak ada seorang nabi yang diutus oleh Allah kepada suatu ummat sebelumku,kecuali dari ummatnya ia memiliki para pendukung (hawariyyun) dan para sahabat yang melaksanakan sunnahnya dan meneladani perkaranya (perilakunya).Kemudian datanglah setelah mereka para pewaris yang mengatakan sesuatu yang tidak mereka laksanakan dan mengerjakan apa yang tidak di perintahkan.Barang siapa berjihad melawan mereka dengan tangannya ,maka ia itu mukmin,barangsiapa berjihad dengan hatinya,maka ia itu mukmin dan barangsiapa berjihad dengan lisannya,maka ia itu mukmin.Dan tidak ada keimanan setelah itu sebesar biji atom pun."(H.r.Muslim).

oleh ;hamba jahil


0 komentar:

Post a Comment